Tuesday, March 19, 2013

PRU13: Pemuda Marang lancar kenderaan khas



MARANG: Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang telah melancarkan sebuah kenderaan khas pacuan empat roda jenis Toyota Landcruiser 4x4 yang akan digunakan sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

 Pelancaran kenderaan tersebut dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah pada majlis Ceramah Penerangan Isu-isu Terkini di Markaz Pemuda Unit Peti Undi (UPU) Tebakang, Kampung Pak Madah, Dewan Undangan Negeri (Dun) Alor Limbat, semalam. (Gambar atas) Kenderaan khas berwarna hijau muda itu akan digunakan mulai sekarang hingga PRU13.

 Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Mohammad Khalil Abdul Hadi berkata pelancaraan kenderaan khas itu merupakan inisiatif kalangan Pemuda PAS kawasan. Ini, katanya membuktikan jentera Pemuda PAS Marang bersungguh-sungguh dalam gerak kerja bagi mempastikan keempat-empat Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam Parlimen Marang kembali kepada PAS.

 “Kami akan pastikan Parlimen Marang kekal di tangan PAS dan empat Dun iaitu Rhu Rendang, Pengkalan Berangan, Bukit Payong dan Alor Limbat ini boleh kita tawan, insya Allah,” ujarnya. 

Hadir sama pada majlis pelancaran tersebut Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Timbalan DHPP Terengganu, Jefri Chua.

Gambar fitnah: Anwar akan saman Papagomo

Harakahdaily, 19 Mac 2013 KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan saman ke atas blogger pro-Umno, Papa Gomo berhubung penyebaran gambar fitnah berunsur lucah di internet yang didakwa menyerupainya. Peguam kepada Ketua Pembangkang itu, N Surendran dalam satu kenyataan berkata, surat tuntutan telah dihantar kepada bloger Papa Gomo. Menurut Surendran, Anwar menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik blog Papa Gomo sebagai individu bertanggungjawab menyebar gambar fitnah tersebut. Katanya, dalam surat itu Anwar menuntut Papa Gomo menarik balik tuduhan berniat jahat itu, meminta maaf dalam tempoh 48 jam bermula hari ini, dan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta. Surendran yang juga Naib Presiden PKR berkata, laman web Papa Gomo menyiarkan gambar palsu dan tuduhan keras terhadap Anwar dalam usaha untuk mengaitkan Ketua Umum PKR itu ke dalam satu lagi video seks yang direka. Anwar dalam Twitternya hari ini turut mengesahkan tindakan mahu menyaman bloger tersebut. “Saya telah arah pasukan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas blogger pemfitnah yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno,” katanya.

Politik samseng: Taktik pihak kalah sebelum bertempur

Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, 19 Mac 2013 PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) menyokong penuh dan bersetuju dengan gesaan daripada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih), Datuk S Ambiga supaya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) menolak keganasan politik dalam PRU ke 13. Gesaan Datuk S Ambiga amat baik dan wajar dinilai oleh setiap parti politik. Dalam iklim PRU ke 13 yang semakin panas, parti-parti politik tidak seharusnya memanaskan landskap politik negara dengan insiden keganasan. Iklim politik hanya perlu dipanaskan dengan isu-isu semasa yang dibangkitkan dengan kefahaman dan kesedaran, bukan dengan keganasan. Rakyat merasa terkejut dan takut untuk menerima kenyataan terhadap budaya membaling telur dan botol terhadap penceramah, menyerang dan mencederakan pemimpin, membaling batu terhadap penonton, menyimbah cat merah terhadap premis dan kenderaan aktivis, menghalang laluan pemimpin politik, melempar molotov cocktail terhadap rumah pemimpin, serta mengganggu ceramah yang diadakan oleh samseng bermotosikal dan lain-lain. Ini adalah insiden yang benar-benar terjadi dalam masyarakat berbudaya tinggi seperti negara ini. Malangnya, hampir keseluruhan mangsanya adalah Pakatan Rakyat dan pemimpinnya. Soalnya, mengapa ada pihak begitu takut dengan ceramah atau aktiviti yang diadakan sehingga sanggup menghalangnya walau dengan apa cara sekalipun? Keganasan politik akan menimbulkan suasana tidak tenteram, kacau bilau, ketakutan dan kebencian terhadap rakyat. Keganasan politik adalah budaya yang ditolak oleh rakyat. Sebagai masyarakat yang bertamadun, berintelek tinggi serta terdedah dengan pelbagai maklumat melalui kemudahan teknologi terkini, pengundi sebenarnya telah memuktamadkan keputusan dan tahu membezakan parti mana yang perlu mereka sokong dan tolak. Mana-mana pihak tidak perlu mencetus keganasan politik sebagai suatu pemaksaan mental terhadap pengundi untuk memilih mereka. Parti-parti politik sama ada PR mahupun BN sepatutnya menumpukan strategi kepada memenangi hati pengundi lebih dari menyerang parti lawan. Pengundi adalah aset utama pilihanraya dan mana-mana parti yang mampu meraih sokongan pengundi terbanyak akan memenangi pertarungan ini. Seharusnya parti politik menerangkan manifesto dan tawaran mereka kepada rakyat supaya mereka merasa yakin terhadap kemampuan parti mereka. Rakyat berpendapat mana-mana parti politik yang menimbulkan suasana ganas adalah parti yang telah kalah tetapi enggan menerima hakikat kekalahan mereka. Mereka gagal meraih keyakinan pengundi untuk memberi kepercayaan kepada mereka lalu mencari dalih lain seperti keganasan bagi meluahkan kemarahan. Keganasan politik akan menatijahkan sesebuah parti yang mencetusnya ditolak dengan mudah oleh rakyat tanpa perlu menunggu PRU ke 13. *Penulis adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan

Sunday, August 14, 2011

Berita Ringkas

MTD Pengkalan Berangan akan mengadakan majlis sumbangan kepada fakir miskin pada 26hb Ogos 2011 yang akan disampaikan oleh Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS Malaysia.

Kami memohon tajaan / sumbangan beras daripada para dermawan. 1 kampit beras @ RM27.00

Terimakasih, Ramadan Karim.

Pengerusi MTD: ( Ust Abdullah Suhaimi Zakaria - 0199347409 )


Friends and Voters at Taman Raya, Wakaf Tapai











ustaz-lah-galas-amanah-pas-ganti-umno-pgu-temui-warga-tionghua-wakaf-tapai

MARANG - Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Pengkalan Berangan, Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria (Ustaz Lah), bertekad merealisasikan harapan pengundi dalam DUN tersebut yang mahukan PAS menggantikan Umno.


[Gambar kanan atas - Ustaz Lah (berkupiah) bersama Chai Hing (paling kanan) beramh mesra dengan seorang warga Tionghua].

Untuk mencapai matlamat tersebut, beliau telah menggerakkan jentera lebih awal bagi memastikan kekalahan PAS sebanyak 930 undi di tangan Umno pada pilihanraya umum (PRU) ke-12 menjadi sebaliknya.

"Kita gerakkan jentera menemui pengundi lebih awal, memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan sebelum ini tidak boleh kita tembusi,

"AlhamduliLlah, setakat ini ada perubahan, ada tanda-tanda positif, bagi 'PAS Ganti Umno' di Pengkalan Berangan,"katanya ketika ditemui Buletinonline ketika mengunjungi warga Tionghua di Taman Raya, Wakaf Tapai dekat sini, Khamis 21 Julai.

Menurutnya penerimaan kaum Tionghua terhadap PAS pada kali amat berbeza berbanding sebelum penubuhan Pakatan Rakyat pada akhir tahun 2008.

Belaiu berkeyakinan mendapat lebih 60% undi dari kaum Tionghua sekiranya pilihanraya diadakan dalam masa yang terdekat.

Ada perubahan sikap pengundi dari kalangan kaum tionghua, kita yakin, mereka memihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat,

"sekiranya PRU ke-3 diadakan, kita yakin mendapat 60% undi dari mereka,"ujarnya, yang juga bekas Mudir Ma'ahad Darul Quran, Rusila,

[Gambar kanan bawah - Hji Alias Mohamad (Ayah We) Pengerusi Ljnah Perpaduan Nasional, bertemu 'warisnya']

Beliau mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan, khususny Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing dan ahli-ahli DAP yang turun bersama beliau menemui pengundi Tionghua.

Turut sma dalam program ziarah rumah ke rumah itu adalah Pengerusi Lajnah Perpduan Nasional DUN Pengkalan Berangan Haji Alias Mohamad serta Ahli Jawtankuasa MTD Pengakalan Berangan, Ustaz Sulaiman dan Saudara Badaruddin.

Monday, April 25, 2011

Sekitar Mesyuarat Agung Pas Kawasan Marang

25hb April 2011: Telah dirasmikan oleh Tim. MUryidul Am PAS. Tuan Guru Dato Haron Bin Din